Tuesday, November 6, 2007

Sumbangan diperlukan

ASRAMA ANAK YATIM DAN MISKN NURUL IMAN, MANJOI, IPOH.

Asrama ini dihuni oleh 27 orang anak-anak yatim dan miskin, yang berumur dari 7 tahun hingga 17 tahun. Buat masa ini asrama ituberoperasi di lot tanah yang disewa dengan kadar RM 200 sebulan anlima pintu rumah sewa dngan kadar RM 630 sebulan.

Sejak mula beroperasi pada tahun 2001, pusat jagaan itu berpindahsebanyak empat kali kerana menyewa tanah dan bangunan orang.

Pusat jagaan itu kini menyewa di tanah seluas 36.5 x 21.3 meter diLorong Datuk, Kampung Manjoi bagi tempoh dua tahun dengan pilihan tambahan setahun sekiranya perlu berpindah.

Menurut Pemegang Amanahnya, Khairul Anuar Mohmad Razi, pusat jagaan itu memerlukan kawasan sendiri yang mempunyai keluasansekurang-kurangnya 0.4 hektar di kawasan luar bandar dan dua lot bagikawasan dalam bandar.

Buat masa ini kos operasi bagisebulan adalah RM 7800.00, jumlah initermasuk bayaran sewaan, bil-bil, gaji kakitangan. Walaubagaimanapunjumlah sebanyak itu tidak diperolehi setiap bulan kerana asrama itutidak mempunyai pendapatan tetap selain dari usaha pengurusnya iaituencik Khairul yang idak sebanyak mana.

Menurut Encik Khairul,sumbangan biasanya bermusim iaitu pada bulanpuasa. Oleh itu, pada kebiasaannya, asrama itu membayar perbelanjaanharian setahun sekali iaitu pada bulan puasa.

Bagi sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan, bolehlah menyalurkanmelalui akaun ini :

Nama : PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN
Akaun : 5082 2521 5570 ( Maybank )
Alamat : Plot 359, Lorong Dato, Off Jalan Dato, Kampung Manjoi, 30020 Ipoh, Perak.
Pengurus : En. Khairul Anuar Bin Mohmad Razi
Tel : 05-5260071 / 016-5460071

Semoga Allah memberkati usaha kita semua

No comments: